Saturday 22 December 2012

BAKAL TEMBUSI PASARAN

AKAN BERADA DIPASARAN

MUKADIMMAH

Makanan halal amat penting di Malaysia kerana majoriti masyarakat Malaysia adalah beragama Islam. Bagi umat islam, terdapat nilai, peraturan dan batas tersendiri dalam soal pemakanan. Pengambilan makanan bukan sahaja di nilai dari aspek keseimbangan, kebersihan, kesegaran, keselamatan dan sebagainya, tetapi keprihatinan terhadap aspek halal adalah perkara utama yang dititik beratkan. Ia merupakan tanggungjawab dan memberi impak yang mendalam kepada setiap individu muslim kerana berkaitan dengan ia berkaitan dengan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Majoriti pengeluar produk makanan di Malaysia terdiri daripada pengeluar bukan islam. Bagi makanan halal, nilai pasaran global dianggarkan kira-kira AS$1.3 trillion setahun. Menyedari kepentingan dan potensi industri ini, negara-negara Islam dan bukan Islam mengambil pelbagai inisiatif untuk merebut peluang daripada prospek pertumbuhan industri berkenaan.  Malaysia, sebagai sebuah negara Islam yang moden, mempunyai kelebihan daya saing dan berada dalam kedudukan yang baik untuk menjadi hab bagi promosi, pengedaran dan pengeluaran makanan halal.

Ketika ini, bidang utama pertumbuhan dan pembangunan dalam industri pemprosesan makanan dan minuman di Malaysia adalah makanan dan minuman berkhasiat, makanan dan minuman mudah sedia, ramuan makanan dan minuman dan makanan dan minuman halal. Dengan kesedaran yang meningkat terhadap soal halal, kesihatan dan makanan bernutrisi, permintaan bagi makanan berkhasiat, makanan segar diproses secara minimum dan makanan organik meningkat secara mendadak. 

Keinginan untuk serba cepat tanpa perlu menunggu sudah merubah keseluruhan kehidupan kita. Begitu juga dengan trend kehidupan semasa dan pengguna yang melalui proses urbanisasi yang sentiasa, jika boleh, ada produk yang siap saji dan mudah sedia kepada pengguna.

Dengan gaya hidup yang berubah, makanan dan minuman mudahsedia terus menjadi satu trend. Pengilang-pengilang makanan dan  minuman di Malaysia secara aktif memperkenalkan produk mereka dalam bentuk mudahsedia dengan memperkenalkan resipi etnik selera Asia untuk memenuhi kehendak gastronomi yang kian bertambah dari kalangan penduduk dunia.  Makanan dan minuman mudahsedia yang dikeluarkan di Malaysia adalah dalam bentuk dingin beku, sedia dimasak, sedia dimakan dan sedia diminum.

     KETAHANAN PRODUK


A
SUHU BILIK diantara 28`C – 36`C – 2 minggu (tarikh luput)
B
SUHU DINGIN diantara 16`C – 27`C – 4 minggu (tarikh luput)
C
SUHU DINGIN diantara 5`C – 15`C – 8 minggu (tarikh luput)
D
SUHU BEKU – 0`C kebawah – 2 tahun (tarikh luput)



Onions


1.00 cup raw

160.00 grams
64.00 calories
NutrientAmountDV
(%)
Nutrient
Density
World's Healthiest
Foods Rating
vitamin C11.84 mg19.75.6very good
fiber2.72 g10.93.1good
molybdenum8.00 mcg10.73.0good
manganese0.21 mg10.53.0good
vitamin B60.19 mg9.52.7good
folate30.40 mcg7.62.1good
potassium233.60 mg6.71.9good
tryptophan0.02 g6.21.8good
World's Healthiest
Foods Rating
Rule
excellentDV>=75% OR
Density>=7.6 AND DV>=10%
very goodDV>=50% OR
Density>=3.4 AND DV>=5%
goodDV>=25% OR
Density>=1.5 AND DV>=2.5%


KEPERLUAN
KELEBIHAN
A
Bersih, Segar dan Selamat
Bahan mentah terpilih, dibersihkan secara rapid an diproses dengan peralatan canggih tanpa sebarang perisa, pewarna dan pengawet tiruan.
B
Tahan lebih lama, cepat dan mudah
Bahan yang diproses mampu bertahan lebih lama.Produk siap juga cepat dan mudah digunakan
C
Berkhasiat dan bermutu
Produk yang disediakan memiliki khasiat sama seperti produk asal. Ia juga diproses dari bahan yang bermutu tinggi untuk menghasilkan produk bermutu dan selamat digunakan
D
Harga yang berpatutan
Harga yang ditawarkan adalah kekal dan tidak berubah-ubah seperti harga asal produk dipasarkan. Produk siap hanya menawarkan 100% bahan yang boleh digunakan sahaja


VIDEO SALAH SATU TEKNIK PEMPROSESAN YANG DILAKUKAN



VIDEO BAGAIMANA MENENTUKAN KEASIDAN SESUATU PRODUK



VIDEO BAGAIMANA CARA PEMBUNGKUSAN DILAKUKAN

No comments:

Post a Comment